Aplikasi penstriman hiburan tempatan, sooka menyambut ulang tahun pertamanya di Malaysia menerusi sambutan ‘sooka Dah Besar Sekarang’ di REX KL, sekaligus mengumumkan pengembangannya ke TV Pintar dengan sooka VIP TV dan memperkenalkan siri Original kedua, ‘Hantu Raya Pergi Perang’.
Kata Ketua Rancangan di sooka, Emarina Kamal berkata, “Setahun selepas pelancaran kami di Malaysia, pengembangan kami ke skrin besar ini dilaksanakan pada masa yang tepat, berikutan lebih banyak kandungan tempatan dihasilkan dan pelbagai acara sukan tersedia untuk penonton nikmati di skrin pilihan mereka.
“Kini, kami mempunyai kira-kira 71 peratus pengguna yang menikmati kandungan kami pada peranti mudah alih. Melalui sooka VIP TV, kami ingin menjangkau lebih ramai penonton yang memilih untuk menstrim kandungan kegemaran pada TV Pintar mereka. Dengan sooka, pengguna kini akan mempunyai pilihan dan kemudahan untuk memilih bagaimana dan di mana mereka mahu menonton kandungan, sama ada pada peranti mudah alih mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, atau pada skrin besar dalam keselesaan di rumah sendiri.”
Tambahnya, “Pencapaian satu tahun kami telah menampakkan perkembangan posisi kami daripada sebagai aplikasi penstriman hiburan yang membolehkan pelanggan untuk menstrim daripada peranti mudah alih di mana-mana sahaja, kepada penstriman di skrin besar- hasil daripada sokongan pelanggan, rakan kongsi, pencipta karya, dan penyedia kandungan tempatan kami. Sejak ditubuhkan, kami telah berjaya mendaftar 1.5 juta muat turun aplikasi kami, menstrim sejumlah 556 juta minit kandungan hiburan dan sukan, dan melancarkan dua siri Original, termasuk yang ditayangan pada hari ini iaitu Hantu Raya Pergi Perang.”
Siri Original kedua sooka, Hantu Raya Pergi Perang dibintangi Hun Haqeem, Sharifah Sakinah, Rashidi Ishak, Syean Mokhtar dan Iman Corinne, diarahkan oleh Wan Hasliza dan Wan Alak yang pernah terlibat dengan produksi Keluarga Iskandar, serta bakal menemui orang rama di sooka bermula 24 Jun ini.
Orang ramai boleh melanggan sooka dengan pelbagai pakej yang tersedia seperti VIP Entertainment, VIP+Sports dan VIP TV dengan harga bermula serendah RM15.90/
Ikuti sooka di Facebook dan Instagram atau layan sooka.my/en untuk ikuti perkembangan lanjut.