Detik Indah Dalam Hidup, Sonny Bill Williams Jumpa Pelajar MCKK

Legenda ragbi dunia dari New Zealand, Sonny Bill Williams yang kini dalam rangka lawatan ke Malaysia, sempat meluangkan masa bersama puluhan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

detik indah dalam hidup, sonny bill williams jumpa pelajar mckk

MCKK merupakan antara sekolah yang terkenal kerana kecermerlangan akademik dan sukan termasuk ragbi, jadi tidak hairanlah mengapa Williams berkunjung ke MCKK ketika masih berada di negara ini.

 

Menerusi Instagram, pelajar MCKK turut mempersembahkan tarian ‘haka’ di hadapan Williams yang turut sama dilihat teruja dengan persembahan itu.

detik indah dalam hidup, sonny bill williams jumpa pelajar mckk

“Hari bermakna bersama adik-adik dari Kolej Melayu Kuala Kangsar di Perak.

“Kami mendalami perbincangan mengenai sukan, iman, dan cara memupuk pertumbuhan minda dengan standard yang tinggi.

“Alhamdullilah untuk kehidupan ini dan itu adalah keberkatan,” tulisnya di laman Instagram beliau.

 

 

Sumber: Instagram