Pelakon, Sofia Dendroff Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Andy Teh

Pelakon, Andy Teh mengakui Sofia Dendroff memiliki ciri-ciri wanita idamannya.

pelakon, sofia dendroff ada ciri-ciri wanita idaman andy teh

Menurut Andy, 38, beliau melihat pelakon dari Singapura itu sebagai seorang gadis yang baik dan mempunyai karakter menarik.

pelakon, sofia dendroff ada ciri-ciri wanita idaman andy teh

"Dia memiliki ciri-ciri wanita idaman saya. Antaranya, cara kami berkomunikasi. Dia adalah orang yang boleh saya wujudkan komunikasi dengan baik," katanya.

 

Tambah Andy, mereka memang berkawan rapat sejak mula penggambaran drama Aku Hanim yang kini ditayangkan di Astro Ria.

 

 

"Kami memang berkawan rapat sejak mula menjalani penggambaran drama Aku Hanim bersama-sama. Saya banyak bantu dia di set memandangkan saya juga menggalas tanggungjawab sebagai koreografer aksi.

"Baru-baru ini, saya bawanya ke Malam Gala Filem Walid dan itu kali pertama kami keluar bersama. Dia dari Singapura, jadi nak perkenalkan dia kepada industri hiburan di sini dan pada masa sama nak promosikan drama Aku Hanim," katanya lagi.

 

 

Dalam pada itu, Andy sudah bersedia untuk berdepan dengan gosip, sebagai rencah kehidupan dalam industri hiburan.

 

Sumber: HMetro