Soalan ‘Who Wants to Be a Millionaire’ Di India Ini Curi Tumpuan Rakyat Malaysia

Rancangan Who Wants to Be a Millionaire merupakan antara rancangan yang sering ditonton ramai dan ia ditayangkan dalam pelbagai versi mengikut negaranya.

 

Baru-baru ini, tular satu soalan daripada rancangan ini dari negara India sehinggakan ia berjaya mencuri tumpuan rakyat di Malaysia.

soalan ‘who wants to be a millionaire’ di india ini curi tumpuan rakyat malaysia

Soalan yang bernilai INR 640,000 (kira-kira RM34,232) itu bertanyakan kepada pesertanya mengenai Perdana Menteri Malaysia ke-10 iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim, yang berbunyi; “Negara manakah yang melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menterinya pada tahun 2022?”

 

Hasil semakan mendapati program kuiz mingguan dikenali di India dengan nama versi Hindu iaitu sebagai Kaun Banega Crorepati telah disiarkan pada 23 Disember lalu.

soalan ‘who wants to be a millionaire’ di india ini curi tumpuan rakyat malaysia

Pesertanya, Nipun Rajan yang berasal dari New Delhi dengan yakin menjawab pilihan jawapan B iaitu Malaysia sebagai jawapan kepada persoalan itu.

soalan ‘who wants to be a millionaire’ di india ini curi tumpuan rakyat malaysia

Meskipun berjaya mara ke peringkat seterusnya, Rajan bagaimanapun tewas kepada soalan ke-12 yang menawarkan hadiah 1,250,000 rupee (RM66,873).

 

Tangkap layar soalan tersebut telah didedahkan oleh seorang warganet yang dikenali sebagai Najib Bakar menerusi akaun Facebooknya dan menjadi tular di media sosial.

 

Sumber: Utusan / Facebook Najib Bakar