Situasi Cemas Masa ERA Temubual Rakyat Malaysia Di Bumi Gaza [Video]

Umum sedia maklum ketika ini sedang berlaku konflik Israel-Palestin yang mana bumi Gaza mengalami bencana kemanusiaan serta menyebabkan banyak harta benda musnah.

situasi cemas masa era temubual rakyat malaysia di bumi gaza [video]

Seorang doktor warga Malaysia yang kini berada di Gaza, telah berkongsi situasi genting di sana apabila terpaksa mencari sumber air dan elektrik susulan pergolakan yang berlaku di sana.

situasi cemas masa era temubual rakyat malaysia di bumi gaza [video]

Doktor yang dikenali sebagai Nurul Ain itu berkongsi kepada 3 Pagi ERA, beliau berada di Gaza kerana mengikuti suami untuk berjumpa dengan keluarga mentua pada 1 Oktober lalu, selepas sembilan tahun berkahwin.

 

Namun ketika perbualan, beliau terpaksa berhenti seketika, kerana kedengaran bunyi jet yang sangat kuat, seperti sedang menuju ke arah tempat tinggalnya. Malah turut kedengaran juga bunyi gegaran kuat berhampiran.

 

"Bunyi jet tu, dia kuat sangat. Saya ingat dia nak datang sini," kata beliau dalam keadaan trauma.

 

@era.je Ya Allah sedihnya kisah Nurul Ain. 9 tahun suami tak balik ziarah kampung, bila balik jadi macam ni. Tapi part tengah Nurul Ain bercerita tu, tiba-tiba ada bunyi jet pejuang. Seram ya Allah. Gugur jantung 😭 #sharERA ♬ original sound - Luna karam لونا كرم

 

@era.je Replying to @3F Global Ventures Innalillah. Takziah buat suami Nurul Ain. 14 keluarga pergi dalam sekelip mata. Selalu kita tengok dan dengar berita je, kali ni kita dengar sendiri dari tuan badan yang terima dugaan berat di sana. 🥺 #sharERA #3PagiERA ♬ original sound - ERA

 

Dalam pada itu, 3 Pagi ERA turut sempat menghubungi bapa kepada Dr Ain, dan bapanya sedang mencuba sedaya upaya untuk membawa pulang anaknya ke Malaysia.

 

 

Untuk info, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk membawa keluar Dr Nurul Ain.

 

"Kita sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi buat Dr Nurul Ain. Hingga kini kita mendapat kerjasama daripada kedutaan Filipina. Ia bagi mengeluarkan keluarga ini bersama-sama lapan warga Indonesia yang berada di kawasan itu," kata Zambry di Dewan Rakyat.

 

Menurut Wisma Putra, terdapat lima rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang ibu bersama tiga anaknya kini sedang berada di Tebing Barat.

 

Sumber: ERA / BERNAMA