Format Baru Untuk Badminton?

format baru untuk badminton?


Persekutuan Badminton Dunia, BWF baru-baru ini mencadangkan untuk menukar format mata sukan badminton. Buat masa ini, format yang digunakan ialah pemain perlu dapatkan 21 mata untuk menang dan perlawanan akan berlangsung selama 3 set maksimum. BWF mencadangkan agar format ini ditukar kepada 11 mata dan maksimum 5 set.


format baru untuk badminton?

Persatuan Badminton Malaysia, BAM enggan buat keputusan terburu-buru sama ada akan bersetuju atau tidak dengan cadangan tersebut. Setiausaha Agungnya, Datuk Kenny Goh akan mendapatkan maklum balas daripada pemain dan barisan kejurulatihannya sebelum membuat keputusan. Beliau juga berpendapat maklum balas daripada persatuan badminton negara lain amat penting dalam membuat keputusan. 


Tambah Datuk Kenny, format pemarkahan baru itu juga sewajarnya diuji terlebih dahulu dalam kejohanan yang besar bagi memastikan keberkesanannya. Betul juga kan? Kalau lepas dah setuju tiba-tiba format ni tak berkesan takkan nak kena tukar lagi sekali pulak. 


format baru untuk badminton?

Ada segelintir yang mendakwa perubahan format ini mungkin untuk beri kelebihan kepada pemain dari Eropah. Sebabnya perlawanan akan jadi singkat dan tak panjang. Kononnya kalau perlawanan lama, pemain dari Eropah akan penat dan sukar untuk bersaing dengan pemain Asia. Isu sama juga dibincangkan ketika format 21 mata ini diperkenalkan pada awalnya. Tapi, berdasarkan ranking dunia BWF ketika ini, pemain Asia masih lagi mendominasi kelompok 10 terbaik dalam setiap kategori.


format baru untuk badminton?

Cadangan perubahan format ini sebenarnya diusulkan oleh Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer Larsen. Bekas pemenang pingat emas Olimpik 1996 itu mempunyai alasan kenapa dia memberi cadangan tersebut sebagai usahanya untuk merancakkan lagi sukan badminton dan mejadikan ia lebih menarik ditonton.


Menurut laporan media asing, BWF akan adakan undian bulan depan sama ada cadangan ini akan diluluskan oleh ahli gabungannya atau ditolak. Cadangan ini pernah diusulkan pada 2014 dan 2018 namun tidak mendapat sambutan daripada ahli gabungan BWF sendiri.


format baru untuk badminton?

Untuk pengetahuan korang, format pemarkahan sukan badminton ni dah beberapa kali ditukar. Pada asalnya kiraan mata sukan ini ialah 15 mata dalam 3 set manakala 11 mata untuk acara perseorangan wanita.


Namun disebabkan perlawanan badminton jadi terlalu lama, BWF memperkenalkan sistem pemarkahan baru iaitu kepada 7 mata dalam 5 set. Format ini hanya digunakan selama 3 tahun sebelum ia ditukar kepada format 21 mata yang digunakan sekarang ni.

 

Oleh: Karami Kamel