Sinovac Kini Tersenarai Dalam Vaksin Yang Diluluskan UK

Vaksin COVID-19 keluaran Sinovac dan Sinopharm keluaran China serta Covaxin keluaran India kini diluluskan oleh United Kingdom (UK).

sinovac kini tersenarai dalam vaksin yang diluluskan uk

Menurut satu kenyataan, vaksin yang tersenarai dalam penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan diiktiraf dan semua kanak-kanak bawah usia 18 tahun yang tiba di sempadan England akan dilayan sebagai penerima lengkap vaksin.

 

Di UK, penumpang yang lengkap vaksinasi dan telah menerima sijil vaksin satu daripada lebih 135 negara dan wilayah yang diluluskan tidak perlu menjalani ujian saringan pra-berlepas, ujian pada hari kelapan atau kuarantin kendiri semasa ketibaan. Sebaliknya, penumpang hanya perlu membayar untuk ujian saringan selewatnya sehari selepas ketibaan.

 

Langkah itu dilihat bakal merancakkan kembali industri pelancongan, perniagaan dan memberi peluang kepada orang ramai untuk melakukan perjalanan keluar dan masuk negara.

 

"Senarai merah dan sistem kuarantin kekal penting dalam melindungi sempadan kita dan seperti yang kami katakan, kami tidak teragak-agak untuk bertindak menambah negara ke senarai merah jika perlu," kata Agensi Anadolu memetik kenyataan kerajaan UK.

 

Sumber: [1]