Singapura Siap Sedia Kemungkinan Gelombang Lebih Besar Akibat Omicron

Negara Singapura menjangkakan kemungkinan gelombang jangkitan COVID-19 varian Omicron adalah lebih besar berbanding varian Delta disebabkan oleh kebolehjangkitan varian itu adalah tinggi.

singapura siap sedia kemungkinan gelombang lebih besar akibat omicron

Menurut pasukan berbilang kementerian (MTF) mengenai COVID-19, negara itu kini sedang bersiap sedia menghadapi gelombang jangkitan yang lebih besar akibat Omicron.

 

Menteri Kesihatan Singapura, Ong Ye Kung, yang juga Pengerusi Bersama MITF berkata, ketika kemuncak jangkitan varian Delta pada akhir Oktober lalu, Singapura telah mencatatkan kes 3,000 kes sehari, dan katanya Omicron berkemungkinan boleh melebihi angka itu beberapa kali ganda.

 

"Pada kemuncaknya, jangkitan Delta meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam hingga lapan hari. Jangkitan Omicron mungkin berganda dalam dua hingga tiga hari," katanya.

 

Bagaimanapun katanya lagi, beberapa kajian di pelbagai negara menunjukkan jangkitan Omicron tidak seteruk jangkitan Delta.

singapura siap sedia kemungkinan gelombang lebih besar akibat omicron

"Kami turut mengesan kes sedemikian di peringkat tempatan. Setakat ini kami mengumpul 2,252 kes Omicron. Daripada jumlah itu, tiga pesakit memerlukan bantuan oksigen, dan bantuan oksigen mereka dihentikan dalam masa tiga hari.

"Jadi, ketiga-tiganya kini semakin pulih. Tiada kes yang memerlukan penjagaan ICU (unit rawatan rapi) setakat ini," katanya.

 

Menteri itu mengulangi bahawa vaksin, terutamanya penggalak, dapat mengekalkan perlindungan daripada gejala penyakit yang teruk dan kemasukan ke hospital akibat jangkitan Omicron.

 

Sumber: [1]