Rambut bayi biasanya lembut dan lurus malah senang untuk disikat.
.
Namun berbeza dengan mereka yang mengalami sejenis sindrom rambut tidak boleh disikat, menyebabkan rambut menjadi kalis air hingga menyukarkan ia untuk disikat seperti biasa.
Disebut sebagai Uncombable Hair Syndrome (UHS), sindrom rambut tidak boleh disikat adalah keadaan yang dicirikan oleh rambut kering dan keriting yang tidak boleh disikat rata. Keadaan ini berkembang seawal zaman kanak-kanak, selalunya antara bayi dan umur 3 tahun, tetapi boleh muncul seawal umur 12 tahun.
.
Kanak-kanak yang mempunyai UHS mempunyai rambut berwarna cerah, digambarkan sebagai berambut perang atau dengan warna emas berkilauan. Rambut tidak tumbuh ke bawah tetapi keluar dari kulit kepala dalam pelbagai arah. Walaupun begitu, rambut mereka yang menghidap UHS tidak rapuh dan ia tumbuh pada kadar normal atau sedikit perlahan berbanding normal.
Atas sebab yang tidak diketahui, keadaan ini biasanya bertambah baik dari semasa ke semasa. Menjelang usia remaja, individu dengan sindrom rambut tidak boleh disikat boleh mempunyai rambut yang rata dan mempunyai tekstur yang normal.
.
Sekurang-kurangnya 100 kes di seluruh dunia telah dikesan mengalami UHS. Kemungkinan terdapat lebih ramai orang yang tidak didiagnosis kerana orang dewasa yang kelihatan tidak terjejas mungkin mengalami sindrom rambut tidak boleh disikat pada zaman kanak-kanak.
.
UHS dapat dilihat pada kanak-kanak berikut yang rata-ratanya mempunyai rambut kering dan kerinting serta tidak boleh diluruskan.
Sumber:
- MedlinePlus [Internet]. Bethesda (MD): National Library of Medicine (US); [updated Jun 24; cited 2020 Jul 1]. Available from: https://medlineplus.gov/.
- HMetro
- Kosmo!