Sinar Matahari Mungkin Terhalang Sampai Ke Bumi Kerana Terlalu Banyak Satelit di Angkasa!

Dek kerana terlalu banyak satelit yang mengorbit Bumi, ditambah pula dengan perancangan dimasa hadapan, ia mungkin akan menyekat sinar Matahari untuk sampai ke Bumi.

sinar matahari mungkin terhalang sampai ke bumi kerana terlalu banyak satelit di angkasa!

Menurut pakar, jika semua projek yang dirancang dapat diteruskan, mungkin suatu hari nanti terdapat lebih satu juta satelit yang mengelilingi planet ini. Pakar mengatakan itu boleh menyebabkan 'pencemaran cahaya'.

 

Ia juga akan meningkatkan peluang satelit itu merempuh satu sama lain atau kapal angkasa, dan akan wujud bahaya ketulan sampah angkasa lepas jatuh ke Bumi. Untuk itu, pakar mahukan peraturan baharu yang boleh mengawal bilangan satelit yang dilepaskan ke orbit.

 

Umumnya, negara-negara di seluruh dunia mahu menghantar beribu-ribu satelit ke angkasa yang akan membekalkan internet, sistem satnav dan pertahanan angkasa masing-masing.

sinar matahari mungkin terhalang sampai ke bumi kerana terlalu banyak satelit di angkasa!

Rwanda, negara di Afrika Tengah, sahaja telah membuat rancangan untuk 337,000 dengan pangkalan data Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa - sebuah agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang bertanggungjawab memberikan ruang di orbit untuk satelit.

 

Satelit yang dicadangkan adalah 115 kali lebih tinggi daripada bilangan satelit berfungsi yang sedang mengelilingi Bumi, demikian menurut satu kajian baru telah ditemui.

 

Andrew Falle, seorang penyelidik di Institut Angkasa Lepas Universiti British Columbia, memberitahu laman web Space.com: "Sekiranya sebahagian daripada jutaan satelit ini benar-benar dilancarkan, peraturan kebangsaan dan antarabangsa akan diperlukan untuk menangani cabaran kemampanan yang berkaitan, seperti risiko perlanggaran, pencemaran cahaya, dan risiko ia jatuh ke Bumi."

 

Penyelidik mencadangkan perlu wujudnya had ke atas bilangan satelit dalam setiap buruj, bayaran yang lebih tinggi boleh dikenakan untuk pemfailan yang lebih besar dan 'bon' - atau deposit - dituntut yang boleh dibayar balik sebaik sahaja satelit dideorbit dengan selamat.

sinar matahari mungkin terhalang sampai ke bumi kerana terlalu banyak satelit di angkasa!

Pakar angkasa lepas memberi amaran dua tahun lalu 130 juta bit sampah sedang mengorbit Bumi - termasuk 3,300 satelit yang tidak berfungsi.

 

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) kini terpaksa bergerak menjauhi serpihan yang mengorbit sebanyak 26 kali dalam jangka hayatnya selama 22 tahun untuk mengelak perlanggaran.

 

Pakar Britain, Dr Imogen Napper pula berkata, sampah angkasa sudah pun mula menghujani ruang angkasa Bumi. Dia berkata ruang antara Bumi dan Bulan dipenuhi dengan begitu banyak satelit sehingga mereka mula merempuh satu sama lain.

 

Masalah itu telah wujud sebelum bilangan satelit di orbit meningkat. Bayangkan masa akan datang nanti bagaimana keadaannya?

 

Sumber: Daily Star