Siapa Mampu Halang Rashford?

siapa mampu halang rashford?

 Korang tau tak apa tangkal yang Rashford pakai? Hampir setiap game dia score untuk Manchester United sekarang ni! Terbaru, Rashford jaringkan 2 gol untuk bantu United kalahkan Leicester 3-0 pada aksi EPL di Old Trafford. 

siapa mampu halang rashford?

 Ok, mungkin korang yang sokong Liverpool ke Chelsea ke akan cakap "Ala, Leicester je pun." Tapi, dengan 2 gol tu, Rashford dah jaringkan 24 gol dan cipta 8 assist dalam semua kejohanan tau untuk musim ni. Jumlah gol paling banyak dalam karier dia! Sebelum ni, gol terbanyak Rashy dalam semusim ialah 22 gol pada musim 2019/2020. Kalau Rashford boleh dapatkan 4 lagi assist dalam musim ni, dia dah menyamai pencapaian terbaik dia iaitu 12 assist!

siapa mampu halang rashford?

 Rekod jaringan Rashford ni menjadi-jadi selepas tamat kempen Piala Dunia 2022 Disember lalu. 16 daripada 24 gol yang Rashford dah score ni semuanya hadir selepas Piala Dunia. Pemain yang miliki paling banyak gol dalam 5 liga teratas Eropah! Perlawanan berdepan Leicester ni jugak merupakan perlawanan ke-7 berturut-turut Rashford dah jaringkan gol. Memang on fire lah!

siapa mampu halang rashford?

 Prestasi Rashford ni secara tak langsung meningkatkan keyakinan skuad The Red Devils dan juga penyokong mereka untuk aksi kedua play off Liga Europa berdepan Barcelona Jumaat ni. Perlawanan pertama minggu lalu, Rashford jaringkan 1 gol untuk bantu United seri 2-2 di Camp Nou. Beraksi di Old Trafford Jumaat ni dah tentu beri kelebihan kepada United. Lebih-lebih lagi Barca kehilangan khidmat 2 pemain tengah utama iaitu Gavi dan Pedri. Gavi digantung perlawanan kerana kutip kad kuning kedua di Camp Nou manakala Pedri pulak alami kecederaan hamstring.

siapa mampu halang rashford?

 Tapi mana lah tau tiba-tiba Pedri sempat pulih daripada kecederaan nanti kan? So, korang sokong Man U ke Barca ni? Atau korang ni peminat Chelsea dan Liverpool?

 

Oleh: Karami Kamel