Rekod Pertemuan Memihak Pada Itali, Siapa Agaknya Juara Euro 2020?

UEFA Euro 2020 bakal berakhir awal pagi Isnin, 12 Julai 2021 dengan menyaksikan pertemuan antara pasukan Itali dan England.

rekod pertemuan memihak pada itali, siapa agaknya juara euro 2020?

Pasukan The Three Lions mencipta sejarah apabila berjaya menewaskan Denmark 2-1 dalam pertemuan separuh akhir awal pagi Khamis lalu dan melangkah ke final buat kali pertama dalam kejohanan bolasepak Eropah terbabit dan 55 tahun dalam kejohanan utama.

rekod pertemuan memihak pada itali, siapa agaknya juara euro 2020?

Pertemuan yang amat dinantikan peminat ini seakan tidak boleh diramal kerana kedua-dua pasukan mempunyai barisan pemain yang cukup hebat.

 

Namun jika melihat kepada sejarah dan rekod pertemuan, pasukan Itali dilihat berpotensi menjuarai perlawanan namun itu bukanlah kayu pengukur dalam bola sepak.

 

Untuk edisi Euro 2020 kali ini, skuad kendalian Gareth Southgate nampaknya beraksi cukup cemerlang apabila menang semua perlawanan kecuali seri sekali 0-0 menentang Scotland dalam peringkat kumpulan. England telah menewaskan Croatia, Republic Czech, Jerman, Ukraine dan Denmark untuk ke final.

rekod pertemuan memihak pada itali, siapa agaknya juara euro 2020?

Jika dibandingkan dengan Itali, pasukan Itali menang kesemua perlawanan Euro 2020, termasuklah dalam penentuan sepakan penalti menantang Sepanyol pada separuh akhir.

rekod pertemuan memihak pada itali, siapa agaknya juara euro 2020?

England mungkin mempunyai kelebihan dalam pertemuan ini kerana bermain di laman sendiri, tetapi Itali tetap menjadi pilihan ramai untuk merangkul trofi Euro 2020 pada pagi Isnin nanti.

rekod pertemuan memihak pada itali, siapa agaknya juara euro 2020?

Siapa agaknya pilihan anda untuk final UEFA Euro 2020 kali ini? Adakah Itali ataupun England?

 

Inilah cara untuk korang dengar perlawanan terhebat UEFA EURO 2020 secara langsung di SYOK!

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!

Muat turun aplikasi SYOK secara percuma di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.