Sekolah Di Perak Ini Dipuji Buat Sesi Suai Kenal Makcik Kantin

Ketika kebanyakkan sekolah membuat sesi orientasi dan suaikenal bersama pelajar sekelas dan guru-guru, sebuah sekolah ini mencipta kelainan mereka tersendiri.

sekolah di perak ini dipuji buat sesi suai kenal makcik kantin

Menerusi video yang dimuatnaik oleh @cklinazali, Sekolah Kebangsaan Dato’ Yahya Subban di Perak telah membuat sesi suaikenal bersama ‘makcik kantin’ sekolah mereka.

 

Dalam video tersebut, kelihatan kesemua staf kantin memegang nama masing-masing sambil berjalan atas pentas.

sekolah di perak ini dipuji buat sesi suai kenal makcik kantin

“Minggu ini ‘ice-breaking’ dengan mak cik kantin. Murid pun perlu kenal takut tertukar dengan cikgu. Maklumlah semuanya cantik-cantik belaka,” tulisnya dalam kapsyen video itu.

 

@ckzlinazali minggu ni ice-braking makcik kantin pun murid kena kenal kot tertukar ngan cikgu..sume gojes gojes😅#bactoschool#2023#firstday ♬ bunyi asal - mariana

 

Video yang tular di Tiktok mendapat perhatian ramai dengan rata-rata memuji usaha pihak sekolah tanpa mengabaikan mana-mana individu dalam sekolah.

sekolah di perak ini dipuji buat sesi suai kenal makcik kantin

Sumber: Tiktok