Masih Lapar Lepas Makan Antara Tanda Cacing Bebas Hidup Dalam Badan

Pernahkah anda mengalami rasa lapar yang amat sangat meskipun baru sahaja selepas makan?

masih lapar lepas makan antara tanda cacing bebas hidup dalam badan

Jika YA, ia merupakan antara tanda-tanda terdapatnya cacing dalam perut yang perlu dibuang segera disamping petanda amaran seterusnya.

 

Semasa kita kecil, majoriti kita semua mesti pernah mengambil ubat cacing bagi mengelakkan ia bebas hidup dalam badan. Pun begitu, ramai juga menyangka proses nyahcacing atau deworm ini hanya perlu dilakukan sekali seumur hidup dan tidak perlu dibuat lagi apabila sudah dewasa.

masih lapar lepas makan antara tanda cacing bebas hidup dalam badan

Masalah kecacingan boleh berlaku jika terdapat banyak cacing dalam tubuh badan yang mana akhirnya menjejaskan kesihatan. Ia cenderung untuk berlaku kepada individu yang tidak mengamalkan kebersihan dengan baik terutamanya dari segi makanan dan minuman yang diambil.

 

Apabila cacing berada dalam tubuh badan, individu itu akan mengalami masalah seperti kekurangan zat akibat daripada parasit ini yang telah menjejaskan proses pencernaan seseorang. Lebih teruk lagi apabila parasit ini membiak dengan banyak lalu merembes bahan toksin ke seluruh tubuh badan.

masih lapar lepas makan antara tanda cacing bebas hidup dalam badan

Berikut adalah petanda amaran jika seseorang itu mengalami masalah kecacingan:

#1 – Wujudnya cacing pada najis. Dapat dilihat juga bintik putih pada najis yang sebenarnya adalah telur cacing dalam tubuh badan.

#2 – Mula hilang selera makan

#3 – Berasa lapar selepas makan

#4 – Berat badan menurun dengan mendadak disebabkan cacing-cacing ini mengambil nutrien pada makanan anda

#5 – Kerap berasa gatal, tidak selesa dan sakit pada lubang dubur

#6 – Badan mula timbul ruam yang gatal dan kemerahan.

 

Disebabkan itu, kita tidak seharusnya memandang remeh dengan masalah kecacingan ini dan perlu merujuk kepada pakar untuk ubat-ubatan yang sesuai. Sebagai langkah pencegahan, sila waspada dengan perkara berikut:

1. Basuh buah dan sayur dengan bersih

2. Masak daging dan ikan dengan sempurna

3. Cuci tangan sebelum dan selepas makan

4. Minum air yang dimasak atau ditapis

5. Selenggara pemasak atau penapis air dengan baik

6. ‘Deworm’ haiwan peliharaan anda di rumah

 

Sumber: [1]