Selalu Makan Paracetamol Tingkatkan Risiko Serangan Jantung

Satu kajian terbaru mendapati pengambilan pil paracetamol secara kerap boleh meningkatkan risiko serangan jantung bagi satu perempat daripada penduduk Britain.

selalu makan paracetamol tingkatkan risiko serangan jantung

Menurut laporan, amaran itu dikeluarkan pakar yang menyatakan pengambilan secara berterusan pil berkenaan dapat merisikokan 15 juta penduduk dewasa negara tersebut.

 

Kajian dibuat sepasukan penyelidik dari Universiti Edinburgh dengan menyatakan pengambilan dua tablet pil tahan sakit itu secara kerap setiap hari meningkatkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak 20 peratus bagi pesakit yang memang menghidap keadaan itu.

selalu makan paracetamol tingkatkan risiko serangan jantung

“Ini tidak berkaitan dengan pengambilan paracetamol dalam jangka masa singkat untuk sakit kepala atau demam. Ia tidak menjadi masalah.

“Sebaliknya, risiko tersebut memberi ancaman kepada individu yang mengambil pil itu secara kerap dalam jangka masa panjang, kebiasaannya untuk sakit kronik,” kata seorang doktor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Scotland, Dr. Iain MacIntyre.

 

Justeru, mereka menasihati doktor dan orang ramai agar mengambil dos serendah mungkin bagi mengawal kesakitan.

 

Paracetamol (UK) atau Acetaminophen (US) adalah analgesik and antipiretik dadah yang popular dan digunakan untuk melegakan sakit kepala, sengal-sengal, sakit ringan, dan demam. Ia digunakan dalam kebanyakan ubat preskripsi analgesik selsema dan flu. Ia amat selamat dalam dos piawaian, tetapi kerana mudah didapati, dos berlebihan sama ada sengaja atau tidak sering berlaku.

 

Sumber: [1]