Jika anda makan di sebuah restoran, berapakah harga bagi sepinggan nasi putih, ayam goreng dan sayur?
Tahukah anda, kos sebenar bagi hidangan tersebut sebenarnya adalah hanya RM5.68 sahaja.
Berdasarkan anggaran kiraan kos asas bagi hidangan itu ialah 50 sen untuk sepinggan nasi, ayam bersaiz kecil RM1,25, sayur taugeh 50 sen, santan kotak 80 sen, garam dan kunyit 10 sen, serta bawang 10 sen.
Ia menjadikan anggaran kos tanpa masak adalah sebanyak RM3.25, dan jika mengambil keuntungan sebanyak 75 peratus maka harga bagi sepinggan nasi, ayam goreng dan sayur taugeh cuma bernilai RM5.68 sahaja.
Bagaimanapun ini hanya kiraan paling asas untuk satu-satu hidangan tanpa mengambil kira kos lain seperti elektrik, air, gas, minyak, sewa kedai, pekerja dan lain-lain lagi.
Menurut seorang peniaga yang mempunyai Diploma Perhotelan dan Katering dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), kiraan asas itu menjadikan peniaga sukar menjual hidangan dibawah RM5 setiap satu.
Sumber: Sinar Harian