Siapa sangka senaskah salinan komik sulung Marvel telah terjual semula pada harga mencecah AS$2.4 juta (RM10.06 juta)?
Dikenali sebagai salinan berbayar Marvel Comics #1, ia merupakan salah satu daripada tiga naskah paling utama dalam dunia pengumpulan komik.
.
Menerusi satu lelongan atas talian yang dibuat baru-baru ini, komik berkenaan telah dilelong pada harga AS$2,427,800 kepada pembida yang mahu dirahsiakan identitinya.
.
Menurut laporan, pembida itu disifatkan sebagai pelabur dan pengumpul buku komik dengan minat ekstrem.
.
Marvel Comics #1 diterbitkan pada 1939, memperkenalkan watak termasuk Sub-Mariner, dan Human Torch yang asal, sebelum ia kemudiannya berkembang menjadi anggota Fantastic Four. Kewujudan komik itu telah menjadi permulaan kepada Marvel dalam menghasilkan banyak karya menerusi komik, filem, program televisyen dan juga permainan video.
Marvel seterusnya memperkenalkan watak adiwira seperti Spider-Man, Fantastic Four, X-Men, Avengers, Iron Man, Daredevil dan Hulk.
“Tanpa penghasilan komik ini, siapa tahu? Mungkin semua itu tidak berlaku. Mungkin kerana nama komik Marvel sangat dekat dalam masyarakat, maka dari aspek tertentu, kewujudannya membuka kepada pelbagai perkara lain,” ujar Ketua Pegawai Operasi ComicConnect, Vincent Zurzolo.
Sumber: [1]