Pada tahun 1916, individu pertama yang menjadi jutawan di dunia telah diumumkan. Ketika itu, nilai jutawan dilihat sangat besar, sebelum Bill Gate diumumkan sebagai individu paling kaya 83 tahun kemudian bersama nama-nama terkenal lain.
.
Tetapi kini semakin ramai yang sudah menjadi jutawan khasnya dalam bidang teknologi dan astronomi, dan kekayaan itu terus bertambah hingga ada antara mereka yang bakal dinobatkan sebagai trilionaire.
.
Kajian oleh Approve, platform terkemuka untuk pasukan kewangan dan perolehan, telah meramalkan tahun dan umur orang terkaya di dunia akan mencapai kejayaan menjadi trilionaire di dunia.
Penyelidikan itu menganalisis nilai bersih dan kadar pertumbuhan tahunan bagi individu terkaya dunia untuk meramalkan prestasi mereka 30 tahun akan datang.
.
10 teratas daripada senarai bakal kelab trilionair itu sebahagian besarnya didominasi oleh lelaki dari pelbagai sektor teknologi, termasuk Pengasas Google, Larry Page dan Sergey Brin.
.
Bernard Arnault, Pengerusi dan Ketua Eksekutif LVMH berada di tempat keempat, yang merupakan satu-satunya wakil dunia fesyen dalam senarai 10 teratas. Sebagai peneraju dalam sektor mewah, konglomerat multinasional itu merekodkan AS$326 bilion dalam jualan tahun lepas yang kebanyakannya berpunca daripada fesyen dan barangan kulitnya.
.
Mendahului perlumbaan dalam senarai trilionaire adalah Pengasas Tesla dan Space X, Elon Musk, dengan nilai bersih semasa sebanyak AS$263 bilion dan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 129 peratus. Musk dijangka mencecah nilai kekayaan AS$1.38 trilion dalam dua tahun akan datang pada usia 52 tahun.
Jeff Bezos pula diramalkan mencecah kekayaan AS$1.06 trilion pada tahun 2030, enam tahun di belakang Musk di tempat keenam.
.
Senarai penuh 10 teratas bakal trilionare dunia adalah seperti berikut:
.
Elon Musk
Nilai kekayaan semasa: US$263 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2024
.
Gautam Adani
Nilai kekayaan semasa: US$93 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2025
.
Zhang Yiming
Nilai kekayaan semasa: US$59 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2026
.
Bernard Arnault
Nilai kekayaan semasa: US$186 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2029
.
Mukesh Ambani
Nilai kekayaan semasa: US$97 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2029
.
Jeff Bezos
Nilai kekayaan semasa: US$188 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2030
.
Larry Page
Nilai kekayaan semasa: US$119 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2032
.
Sergey Brin
Nilai kekayaan semasa: US$115 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2032
.
Steve Ballmer
Nilai kekayaan semasa: US$99 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2032
.
Michael Dell
Nilai kekayaan semasa: US$60 billion
Tahun dijangka menjadi trilionaire: 2033
.
Jika anda tertanya-tanya berapakah sebenarnya nilai trilionaire, berikut adalah sejumlah 1 trilionaire jika dibandingkan dengan 1 dolar:
Sumber: [1]