Semua Krew Pesawat MAS Ini Adalah Wanita! “Dari Check-In Sampai Ke Pilot”

Syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah melancarkan satu penerbangan yang dikendalikan oleh semua staf wanita, bersempena dengan hari wanita sedunia yang disambut esok, 8 Mac.

semua krew pesawat mas ini adalah wanita! “dari check-in sampai ke pilot”

Penerbangan MH2520 dari Kuala Lumpur (KUL) ke Kuching (KCH) dikendalikan sepenuhnya oleh staf wanita bagi menghargai sumbangan mereka khususnya dalam industri penerbangan.

 

Dengan slogan “Meraikan Kesaksamaan”, operasi penerbangan itu terdiri daripada semua staf wanita, termasuklah daripada tempat mendaftar masuk hingga ke landangan pengisian minyak. Malah, juruterbang juga adalah wanita iaitu Kapten Noorsazrina Zulkifli dan Pegawai Kedua, Wong Wei Ming.

semua krew pesawat mas ini adalah wanita! “dari check-in sampai ke pilot”

8 Mac adalah hari yang dikhususkan bagi meraikan seluruh wanita di dunia, mengiktiraf setiap kejayaan para wanita tanpa mengira latar belakang mereka.

 

Sumber: Simple Flying