Arab Saudi Cipta Sejarah Anak Kapal Semuanya Wanita

Arab Saudi telah mencipta sejarah tersendiri dalam industri penerbangan dunia apabila memperkenalkan penerbangan yang semuanya terdiri daripada wanita.

arab saudi cipta sejarah anak kapal semuanya wanita

Ia susulan daripada undang-undang yang mengasingkan jantina lelaki dan perempuan dalam banyak sektor pekerjaan mereka.

arab saudi cipta sejarah anak kapal semuanya wanita

Syarikat tambang murah, Flyadeal memperkenalkan konsep dimana anak kapal mereka terdiri daripada wanita sepenuhnya, daripada juruterbang hingga kepada pramugari.

.

Penerbangan pertama menggunakan pesawat A320 dari Riyadh ke Jeddah disertai tujuh anak kapal wanita, sambil dikendalikan juruteerbang Yara Jan, 23.

arab saudi cipta sejarah anak kapal semuanya wanita

Yara Jan yang merupakan juruterbang wanita termuda Arab Saudi meluahkan rasa bangga apabila diberi kepercayaan dalam detik bersejarah penerbangan bagi wanita Arab Saudi.

.

“Sebagai seorang wanita Saudi saya sangat bangga dapat mengemudi penerbangan ini. Ia adalah detik kebanggaan dan kegembiraan buat saya.

“Walaupun saya baru menjadi juruterbang wanita di negara ini, tidak mustahil kita akan melahirkan lebih ramai juruterbang wanita pada masa akan datang.

“Sokongan yang diterima dari negara dan pemimpin yang dihormati banyak membantu saya menjadi juruterbang wanita termuda di Saudi. Saya akan sentiasa bersyukur diberi peluang membuat perubahan positif ini,” katanya.

.

Syarikat Flydeal adalah syarikat penerbangan tambah rendah Arab Saudi yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah. Ia mula beroperasi sejak September 2017 dengan penerbangan ke 11 destinasi domestik.

.

Sumber: [1], [2]