Semenanjung Malaysia Kini Sedang Alami Bahang Cuaca Panas, “Ia Berlaku Tak Lama..”

Hampir semua negeri di Semenanjung Malaysia kini sedang berdepan dengan fenomena bahang cuaca panas, akibat daripada sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.

semenanjung malaysia kini sedang alami bahang cuaca panas, “ia berlaku tak lama..”

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celsius melibatkan negeri-negeri di utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.

semenanjung malaysia kini sedang alami bahang cuaca panas, “ia berlaku tak lama..”

“Fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang,” ujar beliau.

 

Disebabkan itu, mereka yang bekerja di luar bangunan adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan cuaca panas terik ini agar tidak menjejaskan kesihatan.

 

Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran tahap satu di Kubang Pasu, Sik, Lipis, Jerantut, Bentong dan Jempol dengan suhu maksimum 35-37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut.

 

Sumber: BERNAMA