Selena Gomez Diboikot Gara-Gara Neutral Isu Perang di Palestin, “Followers Je Ramai, Tapi Kecut..”

Penyanyi dan pelakon antarabangsa, Selena Gomez, mengumumkan untuk berehat daripada menggunakan media sosial selepas terkesan dengan peperangan yang tercetus di Palestin sejak 7 Oktober lalu.

selena gomez dikritik ‘neutral’ isu perang di palestin, “hantaran di ig tak akan ubah dunia..”

Menerusi hantaran di Instagram, Selena berkata hatinya hancur melihat keganasan yang berlaku khususnya melibatkan kanak-kanak.

 

“Saya berehat daripada menggunakan media sosial kerana hati saya hancur melihat keganasan dan kebencian yang berlaku di dunia.

“Orang disiksa dan dibunuh atas nama kebencian oleh mana-mana pihak adalah sangat ngeri.

“Kita semua perlu melindungi semua orang terutama kanak-kanak dan hentikan semua kejahatan,” katanya.

selena gomez dikritik ‘neutral’ isu perang di palestin, “hantaran di ig tak akan ubah dunia..”

Untuk itu, beliau turut meminta maaf andai kata-katanya di media sosial tidak cukup kuat untuk menyelamatkan dunia.

 

“Saya mohon maaf jika kata-kata saya tidak cukup untuk semua orang. Saya tidak sanggup melihat orang yang tidak bersalah dicederakan.

“Saya harap saya boleh mengubah dunia, tapi hantaran di Instagram tidak akan mengubah dunia,” tulisnya.

selena gomez dikritik ‘neutral’ isu perang di palestin, “hantaran di ig tak akan ubah dunia..”

Kenyataan itu mengundang kritikan warganet yang mempersoalkan sikap neutralnya terhadap konflik yang berlaku di Gaza. Malah, ramai juga yang kini memboikot jenama solekan miliknya, Rare Beauty.

 

“Tidak dapat mengubah dunia? Awak ada 430 juta pengikut, dan tidak berani langsung untuk melawan pembunuhan beramai-ramai?” tulis satu komen di platform X.

"Followers je ramai 430 juta, tapi pengecut untuk bersuara hal sebenar," tulis satu lagi komen.

 

selena gomez diboikot gara-gara neutral isu perang di palestin, “followers je ramai, tapi kecut..”

Terdahulu, individu mirip pelakon, Jason Statham dilihat memasang bendera Palestine pada bonet keretanya, mencuri perhatian ramai.

kini tular video jason statham pasang bendera palestine di bonet kereta?

Baca: Kini Tular Video Jason Statham Pasang Bendera Palestine di Bonet Kereta?

 

Sumber: Instagram / X