Ramai Selebriti, Orang Kaya Dunia Hadir Pre-Wedding Anak Lelaki Terkaya Asia di India [Video]

Seramai kira-kira 1,200 orang paling berpengaruh di dunia termasuk selebriti Hollywood dan orang terkaya dunia hadir ke majlis praperkahwinan anak kepada lelaki terkaya di Asia, Mukesh Ambani, yang berlangsung selama 3 hari, baru-baru ini.

ramai selebriti, orang kaya dunia hadir pre-wedding anak lelaki terkaya asia di india [video]

Menurut laporan, acara gilang-gemilang yang bermula Jumaat lalu itu berlangsung di bandar Jamnagar di New Delhi, India, dan dihadiri ramai individu berpengaruh seperti Shah Rukh Khan, Amitabh Bachan, CEO Microsoft Bill Gates, CEO Meta Mark Zuckerberg, CEO Disney Bog Iger dan ramai lagi.

ramai selebriti, orang kaya dunia hadir pre-wedding anak lelaki terkaya asia di india [video]

ramai selebriti, orang kaya dunia hadir pre-wedding anak lelaki terkaya asia di india [video]

ramai selebriti, orang kaya dunia hadir pre-wedding anak lelaki terkaya asia di india [video]

Ambani, 66, merupakan individu ke-10 terkaya di dunia dengan nilai kekayaan AS$115 bilion (RM545.5 bilion), turut menjemput penyanyi pop terkenal Rihanna bagi membuat persembahan dimajlis itu.

 

@diet_paratha But we stil aint got the new album #rihanna #rihannanavy #ambani #ambaniwedding #anantambani #radhikamerchant #india ♬ original sound - Diet Paratha

 

Ambani mewarisi perniagaan yang diasaskan bapanya, Reliance Industries, iaitu sebuah konglomerat yang beroperasi dalam sektor penapisan, peruncitan, perkhidmatan kewangan dan juga telekomunikasi.

 

@saad_saamir #mukeshambani ♬ original sound - Saad Bin Saamir

 

Anak lelaki Ambani, Anant Ambani, 28, dilapor bakal mengahwini tunangnya, Radhika Mechant pada 12 Julai depan.

 

Sumber: Tiktok