Kenderaan elektrik dilihat kini semakin popular di Malaysia kerana ia menyumbang kepada pengurangan pencemaran udara dan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
Untuk itu, kerajaan negeri Selangor dalam perancangan untuk menyediakan kira-kira 1,000 pengecas kenderaan elektrik (EV) di 12 kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) menjelang akhir tahun ini.
Setakat ini, terdapat kira-kira 102 pengecas EV di seluruh negeri Selangor, dan perbincangan sedang giat dijalankan untuk memperbanyakkan lagi kemudahan itu di masa akan datang/
"Selangor menyasarkan untuk membangunkan 1,000 pengecas EV di kawasan PBT terutamanya di Shah Alam; Petaling Jaya; Subang Jaya; Klang; Kajang serta Ampang Jaya.
"Usaha sedang digiatkan untuk mencapai sasaran itu dan kita juga sudah mengadakan bengkel untuk semua 12 PBT bagi pelaksanaan dan proses kutipan caj yang akan diselaraskan dengan menggunakan aplikasi," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan dan Alam Sekitar negeri, Hee Loy Sian.
Menurutnya lagi, pembangunan EV ini membabitkan kerjasama dengan pihak swasta dan tidak melibatkan peruntukan dari kerajaan negeri.
Pembangunan lebih banyak pengecas EV ini adalah penting dalam usaha kerajaan negeri mengurangkan pengeluaran karbon sehingga 45 peratus pada 2030 dan sifar karbon pada 2050.
Dalam perkembangan lain, Tesla dilapor bakal membuka ibupejabatnya di Cyberjaya dan membina beberapa tempat pengecas di seluruh Semenanjung tidak lama lagi.
Sumber: HMetro