Selain Di Muka, Misai Kucing Juga Tumbuh Pada Bahagian Ini

Kucing ialah mamalia karnivor kecil yang telah lama dijinakkan dan dipelihara untuk menjaga simpanan makanan daripada tikus dan rodensia yang lain. Hari ini, kucing merupakan salah satu binatang kesayangan yang paling terkenal di Malaysia.

selain di muka, misai kucing juga tumbuh pada bahagian ini

Kita sedia maklum kucing mempunyai misai pada wajahnya yang berfungsi sebagai alat pengesan kepada keadaan persekitarannya.

 

Namun tahukah anda, misai kucing bukan sahaja terletak pada mukanya, tetapi ia tumbuh pada bahagian lain iaitu pada belakang kaki hadapan.

selain di muka, misai kucing juga tumbuh pada bahagian ini

Dikenali sebagai carpal wiskers, ia berfungsi memberikan kucing maklumat penting mengenai objek yang dapat digenggamnya dan sangat penting ketika kucing sedang memburu.

selain di muka, misai kucing juga tumbuh pada bahagian ini

Misai yang tumbuh pada kaki membantu kucing melihat objek atau pemangsa yang digenggamnya dengan baik kerana kucing tidak dapat melihat sesuatu yang dekat dengan mereka dengan jelas.

 

Ia dapat menentukan maklumat yang sangat terperinci mengenai pergerakan dan lokasi objek yang dipegang oleh kucing. Misai mempunyai komponen saraf yang kuat dan menghantar maklumat ini ke otak kucing.

 

Sekiranya kucing memegang mangsanya, ia dapat menentukan maklumat yang sangat terperinci mengenai kedudukan mangsa dan pergerakannya melalui misai pada kaki.

 

Sementara kaki hadapannya berfungsi menggengam, kaki belakang pula mempunyai fungsi ‘membunuh’ dan melemahkan mangsa. Dengan maklumat yang diperoleh daripada misai pada kaki hadapan, kucing menggunakan kaki belakangnya untuk menendang dan mencakar mangsa hingga mati.

Situasi ini kita dapat lihat juga semasa kucing sedang bermain dengan mainan, bantal atau tangan anda. Keupayaan ini adalah salah satu daripada kemampuan memburu kucing.

selain di muka, misai kucing juga tumbuh pada bahagian ini

Selain pada kaki dan sebelah kiri dan kanan muka, misai kucing juga berada pada atas bahagian matanya, yang mempunyai fungsi sama.

 

Sumber: [1]