Sekurangnya 21 Orang Maut Akibat ‘Penyakit Misteri’ Di Afghanistan

Sekurang-kurangnya 21 individu telah dilaporkan maut akibat penyakit misteri di Afghanistan.

sekurangnya 21 orang maut akibat ‘penyakit misteri’ di afghanistan

Menurut laporan, kesemua kes itu direkodkan di kawasan pergunungan Wakhan dekat timur laut negara itu yang bersempadan dengan Tajikistan dan Pakistan.

 

Susulan tragedi itu, ketua kesihatan telah dihantar ke kawasan tersebut bagi mengenalpasti penyakit berkenaan.

sekurangnya 21 orang maut akibat ‘penyakit misteri’ di afghanistan

Laporan awal mendapati penyakit misteri itu dikatakan mempunyai persamaan dengan COVID-19.

 

Kemunculan penyakit misteri itu didedahkan selepas sekurang-kurangnya 50 kanak-kanak meninggal dunia di wilayah Baghlan dalam tempoh sebulan akibat masalah pernafasan. Malah, sebanyak 1,000 kanak-kanak telah disahkan menghidap masalah sama menurut jurucakap Hospital Baghlan.

sekurangnya 21 orang maut akibat ‘penyakit misteri’ di afghanistan

Sumber: Sinar Harian