Lelaki Goda Isteri Orang Kini Bukan Jenayah – Mahkamah Persekutuan

Kes lelaki menggoda isteri orang seperti yang termaktub dalam Seksyen 498 Kanun Keseksaan, kini tidak lagi boleh digunapakai dan akan dimansuhkan.

lelaki goda isteri orang kini bukan jenayah – mahkamah persekutuan

Menurut Mahkamah Persekutuan, keputusan itu dibuat selepas panel lima hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara sebulat suara mengisytiharkan memansuhkan seksyen itu kerana ia tidak berperlembagaan selain melanggar prinsip asas membabitkan kesamarataan jantina.

 

Pada Mac lalu, Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membenarkan permohonan seorang lelaki untuk merujuk persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan.

lelaki goda isteri orang kini bukan jenayah – mahkamah persekutuan

Ia selepas lelaki berusia 53 tahun itu didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 2020 atas pertuduhan menggoda isteri orang di sebuah pangsapuri di Selangor pada 2018 selepas suami wanita itu membuat laporan polis.

 

Akibat dari itu, lelaki berusia 53 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang mana membawa kepada hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda jika disabitkan kesalahan.

 

Sumber: Sinar Harian