Para Bapa Peluk Anak Yatim Piatu Masa Ceramah Motivasi Buat Ramai Menangis [Video]

Baru-baru ini, tular video di laman Tiktok @iqmaljamil92, menunjukkan sekumpulan bapa yang bersama-sama memeluk seorang anak yatim piatu semasa ceramah motivasi diadakan.

para bapa peluk anak yatim piatu masa ceramah motivasi buat ramai menangis [video]

Video yang memaparkan penceramah motivasi yang dikenali sebagai Ahmad Iqmal Jamil memaparkan kisah kanak-kanak itu yang juga membuatkan air matanya mengalir.

 

Menurut Ahmad, semasa sesi ‘parenting’ ketika majlis ceramahnya, dia meminta agar pelajar yang hadir disitu untuk pergi memeluk dan mendapatkan doa daripada ibu dan bapa masing-masing.

 

Namun apa yang mencuri perhatian Ahmad adalah apabila seorang kanak-kanak ini dilihat seperti tidak tahu ingin pergi ke mana semasa rakannya yang lain sedang sibuk memeluk ibu dan bapa mereka.

para bapa peluk anak yatim piatu masa ceramah motivasi buat ramai menangis [video]

Ahmad selaku penceramah untuk sesi tersebut kemudian meminta pasukannya untuk mendapatkan kanak-kanak itu untuk bertanya. Apa yang menyedihkan, kanak-kanak itu memberitahu bahawa kedua ibu bapanya telah pun meninggal dunia akibat kemalangan.

 

“Saya suruh ‘team’ saya cari budak tu balik. Bila saya tanya, mak ayah dia dah meninggal kemalangan.

“Masa ini memang saya dah tak tahan air mata, air mata jantan saya mengalir juga. Masa ini saya minta wakil ibu bapa untuk peluk dan bagi kata-kata semangat dekat dia,” tulisnya Ahmad.

para bapa peluk anak yatim piatu masa ceramah motivasi buat ramai menangis [video]

Susulan itu, beberapa bapa para pelajar yang hadir dilihat bangun dan berjalan ke arah kanak-kanak tersebut dan memberikannya pelukan.

para bapa peluk anak yatim piatu masa ceramah motivasi buat ramai menangis [video]

Situasi itu membuatkan hampir keseluruhan dewan bersedih dan mengalirkan air mata.

 

@iqmaljamil92 kisah adik yang berumur 11 tahun ayah nya n mak nya excident. tengok sampai habis confm menangis. al- fatihah buat ibu ayahnya. #fypシ #viral #motivation #ibuayah ♬ Lokman Naufal_Haruman Terindah - ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

 

Dalam pada itu, Ahmad turut memberi pesan kepada orang ramai agar sentiasa berbuat baik kepada ibu dan bapa sementara mereka masih ada di dunia ini.

 

Video tersebut bukan sahaja meruntunkan hati mereka yang berada di program motivasi itu, malah kepada penonton video di Tiktok.

 

Sumber: Tiktok Iqmal Jamil 92