Pernahkah suatu ketika anda cuba untuk bangun dari tidur, tetapi tidak boleh seolah-olah ada ‘sesuatu’ sedang menindih anda?
Mereka yang pernah mengalaminya sahaja tahu bertapa sukarnya untuk membuka mulut yang seakan terkunci dan tangan serta kaki yang tidak dapat digerakkan.
Menurut sains, fenomena ini dikenali sebagai ‘sleep paralysis’.
Sleep paralysis terjadi akibat daripada kelumpuhan yang berlaku ketika permulaan tidur ataupun sejurus selepas tersedar dari tidur. Ketika ini, otak sudahpun terjaga, tetapi otot badan masih lagi dalam keadaan tidur.
Fenomena ini boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, dan biasanya kepada mereka yang tidur terlentang dan dalam keadaan tekanan atau kurang tidur sebagai faktor utama.
Untuk mengelakkan daripada terjadinya sleep paralysis, anda dinasihatkan untuk:
1. Mendapatkan tidur yang cukup – 6 hingga 8 jam sehari
2. Mengurangkan stress
3. Posisi tidur yang betul
Meskipun sleep paralysis ini tidak membahayakan, mereka yang mengalami sleep paralysis secara berterusan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat doktor kerana secara tidak langsung masalah ini boleh menggangu kehidupan kita seharian.
Sumber: Public Health Malaysia