Ramai antara kita yang takut apabila berhadapan dengan serangga ini. Malah, ramai yang mengambil pendekatan untuk membunuh sahaja lipan kerana risau akan keselamatan diri.
Ada juga kepercayaan dalam masyarakat yang mengaitkan kehadiran lipan ini dengan alam mistik. Memang tidak dinafikan kewujudan alam mistik, namun ada sebab lain mengapa lipan sering hadir ke dalam kawasan rumah anda.
Menurut kajian, lipan yang merayap dalam rumah sebenarnya sedang mencari makanan serangga perosak seperti lipas, anai-anai, dan lalat. Lipan tidak mempunyai perumah dan ia akan terus aktif bergerak daripada satu lokasi ke lokasi lain.
Racun yang bertindak sebagai bisa pada lipan digunakan untuk membunuh mangsa dengan menggunakan kedua-dua kaki pada kepalanya. Lipan terlebih dahulu akan melompat kearah mangsa. Kaedah ini dikenali sebagai “lassoing”. Lipan juga tidak membahayakan anda melainkan jika ia berada dalam keadaan terancam.
Namun, jika anda mahu menghalau lipan daripada berada dalam rumah anda, pastikan rumah anda tidak mempunyai serangga yang berpotensi menjadi makanannya.
Sumber: Elite Readers