Ini Sebab Kenapa Jari Ungu Anda Bertukar Coklat Lepas Mengundi

Rakyat Malaysia yang layak telah menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada 19 November lalu.

ini sebab kenapa jari ungu anda bertukar coklat lepas mengundi

Proses mengundi yang dijalankan di seluruh negara telah memerlukan setiap individu untuk mencelup jari ke dalam bekas dakwat kekal sebagai tanda sudah selesai membuang undi.

 

Namun perasan tak, jari yang dicelup pada mulanya akan berwarna ungu, namun bertukar menjadi coklat keperangan selepas beberapa ketika.

ini sebab kenapa jari ungu anda bertukar coklat lepas mengundi

Kenapa ini terjadi?

 

Memetik hantaran Facebook Cheryl Science Education, keadaan ini adalah disebabkan proses tindakbalas kimia yang berlaku pada bahan yang digunakan dalam dakwat kekal ini.

 

Sejenis bahan yang disebut sebagai silver nitrate (AgNO3) terkandung dalam dakwat kekal yang digunakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mana ia akan bertindakbalas dengan garam yang ada pada permukaan kulit, menyebabkan warna ungu terhasil.

 

Warna ungu pada bahan yang ada pada permukaan jari yang dicelup dalam dakwat iaitu silver chloride (AgCl) kemudiannya bertindakbalas dengan cahaya matahari menjadi dua molekul berasingan iaitu metallic silver (Ag) dan chlorine (Cl2). Ag adalah berwarna coklat keperangan pada keadaan pepejal (solid).

ini sebab kenapa jari ungu anda bertukar coklat lepas mengundi

Secara ringkasnya, warna ungu pada dakwat kekal akan bertukar warna coklat keperangan kerana ia mempunyai tindakbalas dengan kulit dan cahaya matahari. Disebabkan inilah, warnanya bertukar selepas beberapa ketika selepas anda mengundi tempoh hari.

 

Meskipun ia disebut sebagai dakwat kekal, jangan bimbang kerana sel kulit yang baharu pada jari anda akan menukarkan sel kulit lama seterusnya menyebabkan dakwat ini tertanggal pada jari.

 

Sumber: Cheryl Science Education