Scammer Kini Boleh Intip Dan Baca Kod TAC Melalui SMS

Gejala penipuan siber kini semakin membimbangkan selepas dakwaan wujud sindiket penipuan yang boleh mengintip dan membaca kod pengesahan transaksi (TAC) melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

scammer kini boleh intip dan baca kod tac melalui sms

Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Siber Malaysia (MCCA) yang percaya kegiatan itu menjadi punca ramai mangsa kehilangan wang dari akaun bank mereka.

 

Kaedah yang disebut sebagai ‘phishing’ itu berlaku bila mana satu perisian hasad dihantar melalui pautan yang diberikan kepada mangsa. Mangsa kemudian memasukkan maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan log masuk akaun bank kedalam perisian hasad yang kelihatan bagaikan yang tulen.

 

Menurut MCCA, pihaknya juga ada menerima aduan daripada mangsa yang mendakwa duit dari akaun bank hilang walaupun tidak memberikan nombor TAC kepada individu lain. Pihaknya percaya, scammer kini berupaya memintas atau membaca mesej SMS yang dihantar kepada mangsa untuk kegiatan tidak bermoral ini.

 

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan tidak berkongsi sebarang butiran peribadi mereka kepada mana-mana pihak untuk mengurangkan risiko daripada menjadi mangsa penipuan atas talian. Elakkan daripada menekan sebarang pautan yang mencurigakan dan sentiasa membuat semakan maklumat kepada pihak bank atau pihak berkuasa.

scammer kini boleh intip dan baca kod tac melalui sms

Orang ramai juga diminta menghubungi pihak bank dengan segera jika menerima sebarang nombor TAC bagi transaksi yang tidak dilakukan.

 

Sumber: Sinar Harian