Kini Satu Zon Merah COVID-19 Telah Dilaporkan Di Sabah

Satu zon merah COVID-19 telah dilaporkan di daerah Tuaran dekat Sabah, susulan akibat dari peningkatan mendadak kes positif sepanjang minggu lalu.

kini satu zon merah covid-19 telah dilaporkan di sabah

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Joachim Gunsalam berkata daerah tersebut telah mencatatkan 26 kes baharu sepanjang minggu lalu, berbanding dengan 18 kes pada minggu sebelumnya.

 

Beliau menjelaskan bahawa Tuaran adalah satu-satunya daerah yang mencatatkan jumlah kes paling tinggi pada masa ini, dan oleh itu, daerah ini telah diklasifikasikan semula sebagai zon merah dengan jumlah kes positif melebihi 40.

 

 "Analisis kes Covid-19 bagi Minggu Epid (ME) 19/2023 (minggu lalu), hanya tiga daerah yang mencatatkan penurunan kes mingguan iaitu Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau, manakala 16 daerah yang lain tidak mencatatkan sebarang kes iaitu Putatan, Ranau, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sipitang, Tambunan, Tenom, Nabawan, Tongod, Semporna, Kalabakan, Telupid, Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau.

"Daerah yang mencatatkan peningkatan jumlah kes pada ME 19 berbanding ME 18 iaitu Tuaran, Sandakan, Kota Kinabalu, Kuala Penyu, Papar, Penampang, Beluran, Kota Belud, Beaufort, Keningau dan Kunak.

"Tiada kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di seluruh negeri bagi ME 19," katanya.

kini satu zon merah covid-19 telah dilaporkan di sabah

Secara keseluruhan, jumlah kes baru dalam ME 19/2023 di seluruh Sabah telah meningkat sebanyak 68 peratus menjadi 64 kes berbanding dengan 38 kes pada minggu sebelumnya, dan kesemua kes tersebut adalah kes tempatan.

 

Beliau menyatakan bahawa purata kes aktif setiap hari dalam ME 19/2023 juga meningkat sebanyak 40 peratus kepada tujuh kes berbanding dengan lima kes pada minggu sebelumnya.

 

"Jumlah pesakit Covid-19 yang sedang dirawat juga mengalami peningkatan sebanyak enam peratus kepada 166 kes pada ME 19 berbanding dengan 156 kes pada ME 18," katanya.

 

Sementara itu, beliau memberi amaran kepada orang ramai agar terus mengamalkan langkah-langkah pencegahan, terutamanya dengan memakai pelitup muka di tempat-tempat ramai dan sesak, mengingatkan bahawa situasi kes positif COVID-19 sedang menunjukkan peningkatan.

 

Sumber: HMetro