Lebih Mudah Berjangkit, Satu Lagi Varian Baru COVID-19 Dikesan

Satu lagi jenis varian COVID-19 telah dikesan oleh saintis di Afrika Selatan, yang mana ia dikatakan lebih mudah berjangkit dan mungkin kebal terhadap vaksin.

lebih mudah berjangkit, satu lagi varian baru covid-19 dikesan

Menurut  pakar Institut Nasional Penyakit Berjangkit Afrika Selatan dan Platform Inovasi Urutan Penyelidikan, KwaZulu-Natal berkata varian baharu yang dikenali sebagai C.1.2 itu juga dipercayai bermutasi berulang kali berbanding varian asal dari Wuhan.

 

C.1.2 pertama kali dikenalpasti pada Mei lalu dan sejak itu ia telah dikesan di England, China, Republik Demokratik Congo, Mauritius, New Zealand, Portugal dan Switzerland.

 

Pengkaji juga mendapati kadar mutasi varian C.1.2 ini adalah 41.8 kali setahun dan hampir dua kali ganda daripada kadar mutasi global semasa yang tergolong dalam Varian Membimbangkan (VOC) lain setakat ini.

lebih mudah berjangkit, satu lagi varian baru covid-19 dikesan

Meskipun lebih banyak penyelidikan perlu dijalankan untuk menentukan kesan daripada mutasi yang berlaku, para saintis mengingatkan bahawa varian baharu mampu menjadikan virus COVID-19 kalis antibodi dan imunisasi sedia ada dalam badan manusia.

 

“Kami memperincikan garis kewujudan SARS-CoV-2 (virus penyebab Covid-19) yang baru dikenali ini dengan beberapa mutasi yang mungkin muncul di kawasan metropolitan utama di Afrika Selatan.

“Garis asal kewujudan varian ini berkembang dengan pantas dan menjadi jangkitan dominan di tiga wilayah yang turut mengakibatkan penularan dalam skala besar,” demikian hasil kajian yang ditulis dalam jurnal perubatan Nature.

lebih mudah berjangkit, satu lagi varian baru covid-19 dikesan

Sumber: [1], [2]