Satu Lagi Menara Lebih Tinggi Dari Merdeka 118 Bakal Dibina di Malaysia?

Pada tahun 2022, Malaysia telah merekodkan lebih 1,000 bangunan pencakar langit. Malay, Malaysia telah mencipta sejarah apabila mempunyai bangunan pencakar langit kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118 dengan ketinggian 679-meter yang terletak di bekas Taman Merdeka.

satu lagi menara lebih tinggi dari merdeka 118 bakal dibina di malaysia?

Selepas kejayaan Merdeka 118, Malaysia dikatakan bakal menerima satu lagi bangunan tertinggi baharu dengan ketinggian mencapai 700-meter.

 

Menerusi hantaran yang tular di aplikasi X, akaun @skycrapersMY berkongsi satu foto yang dilapor dalam persidangan antarabangsa anjuran KLCC Holdings.

satu lagi menara lebih tinggi dari merdeka 118 bakal dibina di malaysia?

Ujarnya, menara setinggi 145 tingkat tersebut dikatakan mirip Tower M, yang mungkin akan dibina berhampiran Menara KLCC.

 

 

Pun begitu, masih belum ada sebarang kenyataan rasmi terkini dibuat mana-mana pihak termasuk dari pemaju.

 

Tambah akaun @skycrapersMY lagi, cerucuk asasnya telah dikatakan ditanam sejauh 150-meter ke dalam tanah di podium Lot M berhadapan MRT Persiaran KLCC, iaitu lebih dalam daripada cerucuk asas binaan menara Burj Khalifa.

 

 

Persoalannya, adakah binaan ini akan menjadi kenyataan?

 

Sumber: Twiter (X) @skycrapersMY