Kajian Dedah Satu Bilion Belia Di Dunia Berisiko Pekak!

Tabiat suka mendengar muzik dengan fon kepala atau menghadiri majlis dengan muzik yang kuat boleh menyebabkan hampir satu bilion belia di seluruh dunia berisiko pekak.

kajian dedah satu bilion belia di dunia berisiko pekak!

Perkara itu didedahkan oleh satu kajian yang diketuai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang turut menggesa agar golongan ini berhati-hati dengan tabiat sedemikian.

 

Menerusi kajian yang telah diterbitkan dalam jurnal BMJ Global Health, melibatkan lebih 19,000 responden berusia 12 hingga 34 tahun sejak dua dekad lalu menunjukkan 24 peratus golongan muda mempunyai tabiat mendengar yang tidak sihat ketika menggunakan fon kepala.

kajian dedah satu bilion belia di dunia berisiko pekak!

48 peratus daripada responden pula terdedah kepada bunyi bising keterlaluan seperti di pusat hiburan dan konsert.

 

Daripada dapatan kajian ini, mereka menganggarkan antara 670,000 hingga 1.35 bilion belia di seluruh dunia berisiko menjadi pekak.

 

Justeru, pakar audiologi menyatakan langkah terbaik untuk mengurangkan risiko pekak ini adalah dengan memperlahankan volum dan tidak memapaki fon kepala untuk tempoh masa yang lama.

 

Sumber: Utusan