Sarawak Bakal Perkenal Peperiksaan Khas Untuk Darjah 6 Mirip UPSR

Negeri Sarawak dilapor bakal memperkenal sistem penilaian tersendiri iaitu peperiksaan khas untuk semua pelajar darjah enam di semua sekolah kerajaan dalam negeri tersebut bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

sarawak bakal perkenal peperiksaan khas untuk darjah 6 mirip upsr

Peperiksaan itu dikatakan akan menyerupai UPSR yang sebelum ini dimansuhkan oleh Kementerian Pendidikan pada 2021.

 

Menurut Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, perancangan itu dipercayai akan dapat membantu para pelajar dalam negeri tersebut.

 

“Perkara ini bergantung kepada dasar Persekutuan. Bagaimanapun, kami di Sarawak akan berusaha untuk mempunyai sistem penilaian sendiri.

“Ini kerana kita percaya itu satu-satunya kaedah untuk kita mengetahui prestasi sebenar pelajar,” katanya.

sarawak bakal perkenal peperiksaan khas untuk darjah 6 mirip upsr

Tambahnya lagi, pihaknya juga masih belum menerima sebarang pelan tindakan berkaitan pembangunan kurikulum baharu oleh KPM.

 

Bagaimanapun beliau akui Kerajaan Persekutuan ada mengadakan jelajah eksplorasi pendidikan di seluruh negara untuk mengumpul input bagi menjayakan rancangan pembangunan kurikulum pendidikan baharu.

 

“Saya rasa Kerajaan Persekutuan ada melakukan tinjauan untuk mengumpul maklumat dan pandangan mengenai perkara ini daripada kalangan masyarakat.

“Secara peribadi, saya belum melihat pelan tindakan kurikulum dicadangkan, jadi saya tidak boleh komen dan seadilnya saya tidak dapat komen benda yang saya tidak lihat,” katanya lagi.

 

Sumber: Utusan Online