Lelaki Ini Sanggup Cari Roadblock Sebab Nak Try Roadtax Digital, “Bukan Selalu JPJ Nak Puji,”

10 Februari lalu, Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke mengumumkan bahawa kenderaan persendirian kini tidak perlu lagi mempamerkan roadtax pada cermin kenderaan masing-masing.

lelaki ini sanggup cari roadblock sebab nak try roadtax digital, “bukan selalu jpj nak puji,”

Sebaliknya, pemandu akan menggunakan salinan digital roadtax dan juga lesen memandu yang boleh didapati pada aplikasi MyJPJ dan juga portal awam JPJ. Bagaimanapun perkara ini mendapat perhatian ramai dengan pelbagai pendapat tersendiri.

lelaki ini sanggup cari roadblock sebab nak try roadtax digital, “bukan selalu jpj nak puji,”

Untuk membuktikan kelancaran lesen dan roadtax digital ini, seorang pemandu telah mencabut roadtax fizikal pada kenderaannya dan sanggup mencari sekatan jalan raya untuk tujuan itu.

 

Video yang mendapat lebih satu juta tontonan di Tiktok @namasayahaziq_ itu menunjukkan beliau ditahan oleh JPJ kerana tidak mempunyai cukai jalan, namun apa yang menghiburkan ialah beliau terus mengeluarkan versi digital pada telefon bimbitnya.

 

@namasayahaziq_ lepas buang roadtax di cermin,kita ronda cari roadblock..nak jadi cerita,jumpa roadblock JPJ..bukan selalu JPJ nk puji nih..🤣🤣🤣#jpjmalaysia #roadtaxmati #fypシ #kembanghidung ♬ original sound - Ajiq Caster

 

Anda dah cuba roadtax dan lesen digital baharu ini?

 

Sumber: Tiktok