Salah Cipta Rekod Lagi!

salah cipta rekod lagi!

Mohamad Salah teruskan prestasi cemerlangnya pada perlawanan pertama Liverpool dalam saingan EPL. Bintang Mesir itu menjaringkan 1 gol dan mencipta 2 assists untuk membantu The Reds tumpaskan Norwich City 3-0. Salah mainkan peranan penting untuk 2 gol pertama Liverpool pada perlawanan tersebut apabila hantarannya berjaya menemui Diogo Jota dan Roberto Firmino untuk menjaringkan gol. Pada minit ke-74, Salah membuka akaun jaringannya musim ini apabila merembat kencang untuk gol ke-3 pasukannya.

salah cipta rekod lagi!

Apa rekod Salah sebenarnya? Haa, ini merupakan musim ke-5 berturut-turut Salah telah menjaringkan gol dalam perlawanan pertama Liverpool – satu-satunya pemain yang berjaya berbuat demikian. Sudah pasti rekod yang dicipta Salah ini akan menjadi buah mulut penyokong setia The Reds apabila berbicara tentang bola sepak.

salah cipta rekod lagi!

Dalam 5 perlawanan pembukaan ini, Salah terlibat dengan 10 gol dan telah menjaringkan 7 gol. Tak dinafikan penyerang The Reds ini merupakan goal scoring machine dalam saingan EPL. Hanya Wayne Rooney sahaja yang miliki rekod lebih baik daripada Salah untuk perlawanan pertama. Bekas penyerang Manchester United dan Everton itu dengan 8 gol dan 5 assists. Tapi rasanya tak ada masalah untuk Salah atasi pencapaian Rooney. Dengan syarat, dia kekal bersama Liverpool.

salah cipta rekod lagi!

Salah telah membuat 159 penampilan dalam saingan EPL dan ini merupakan musim ke-5 nya bersama The Reds. Dalam 159 penampilan ini, dia telah menjaringkan 98 gol. Satu rekod yang amat cemerlang. Salah juga merupakan pemenang anugerah kasut emas untuk 2 musim berturut-turut pada 2018 dan 2019. Dia menjaringkan 32 gol pada musim pertamanya bersama Liverpool dan menjaringkan 22 gol pada musim berikutnya.

salah cipta rekod lagi!

Untuk musim ini, Salah pastinya menjadi salah seorang calon untuk merebut anugerah kasut emas sekali lagi. Penyokong Liverpool juga pastinya lega apabila tonggak pertahanan, Virgil Van Dijk kembali beraksi setelah alami kecederaan jangka panjang musim lalu. Van Dijk beraksi secara kompetitif buat kali pertama dalam tempoh kira-kira 10 bulan apabila diturunkan ketika berdepan Norwich.

 

Oleh: Karami Kamel