Salah Cara ‘Healing’ Punca Ramai Jadi Gemuk, Baju Tak Muat

‘Healing’ adalah proses yang penting dalam pemulihan kesihatan fizikal dan mental seseorang. Ia melibatkan pengembalian tubuh dan minda kepada keadaan yang sihat, serta pemulihan keseimbangan dan keharmonian dalam diri kita.

salah cara ‘healing’ punca ramai jadi gemuk, baju tak muat

Dengan ‘healing’, seseorang dapat mengatasi luka emosi, penyakit, dan trauma untuk melalui kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

 

Bagaimanapun, ramai yang tersalah cara dalam melakukan ‘healing’, sehinggakan ia menjadi sebab berlakunya kegemukan dalam masyarakat.

 

Menerusi hantaran oleh Public Health Malaysia (PHM), ramai yang terlepas pandang cara ‘healing’ dengan betul apabila mereka sering menikmati makanan dalam kuantiti banyak dan leka terhadap pengambilan kalori tinggi, atas alasan sedang ber-‘healing’.

salah cara ‘healing’ punca ramai jadi gemuk, baju tak muat

Situasi itu sekaligus menjadi punca berlakunya masalah kegemukan tanpa kita sedari.

 

“Individu yang ada masalah stres yang kronik akan merembeskan lebih banyak hormon kortisol. Hormon ini yang menyebabkan selera makan bertambah berlipat kali ganda.

“Mengetahui fakta ini, jangan biasakan guna makanan sebagai cara untuk hilangkan stres dan ‘healing’. Ia akan akibatkan peningkatan berat badan dan menyebabkan anda bertambah stres kerana baju tak muat,” demikian menurut PHM.

salah cara ‘healing’ punca ramai jadi gemuk, baju tak muat

Nota: Jika anda mempunyai masalah dan memerlukan sokongan, jangan pendam seorang diri. Berikut adalah talian bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan NGO yang boleh anda gunakan:

1. Talian Kasih 15999 / Whatsapp Talian Kasih di 019-2615999

2. Talian Sokongan Psikososial KKM & Mercy Malaysia:

– 03-29359935 atau 014-3223392

– 011-63996482 atau 011-63994236

3. KSK-Care JAKIM – Whatsapp 0111-9598214

4. Befrienders Kuala Lumpur 03-76272929

 

Sumber: PHM / KKM