Ekoran daripada penularan wabak COVID-19 diseluruh dunia ketika ini, manusia mula hidup dalam keadaan norma baharu seperti mengamalkan penjarakan fizikal serta memakai pelitup muka ketika berada ditempat awam.
Begitu juga dengan konsert yang dianjurkan secara langsung di Oklahoma dimana penonton perlu berada dalam space bubble (gelembung) plastik lutsinar ketika menonton persembahan kumpulan rock Amerika Syarikat, The Flaming Lips minggu lalu.
Setiap gelembung boleh memuatkan sehingga tiga orang, dilengkapi dengan alat pembesar suara, kipas angin, sebotol air, tuala dan papan tanda kecil yang tertulis ayat "Saya mahu buang air" dan "Panas di sini" untuk ditunjukkan kepada petugas konsert.
Petugas konsert seterusnya akan mengambil tindakan sewajarnya sama ada membawa penonton ke tandas, ataupun mengisi udara sejuk ke dalam gelembung itu.
Tambah lagi, penonton juga wajib memakai pelitup muka ketika berada diluar gelembung, namun diberi pilihan untuk menanggalkannya ketika berada di dalam gelembung masing-masing.
Keadaan ini nyata membuatkan orang ramai tertanya-tanya, adakah ini norma baharu untuk penonton menikmati konsert secara live bermula sekarang dan di masa hadapan nanti?
Sumber: Astro Awani