Sakit Tapak Kaki Lepas Bangun Tidur? Anda Mungkin Ada Masalah Ini

Pernahkah anda mengalami situasi bilamana kaki terasa sakit sebaik sahaja memijak lantai lepas bangun dari tidur?

sakit tapak kaki lepas bangun tidur? anda mungkin ada masalah ini

Rasa sakit pada tapak, khasnya pada bahagian tumit ini kadang-kala akan hilang setelah sekian lama. Namun masalahnya, ia kerap terjadi hampir setiap hari.

 

Jika anda pernah mengalami masalah diatas, besar kemungkinan anda mempunyai Plantar Fasciitis.

sakit tapak kaki lepas bangun tidur? anda mungkin ada masalah ini

Plantar Fasciitis, atau radang pada tulang kaki ini berlaku disebabkan pemendapan kalsium pada tulang tumit dan tisu fascia atau tulang baharu yang tumbuh dibawah tulang tumit.

sakit tapak kaki lepas bangun tidur? anda mungkin ada masalah ini

Masalah ini terjadi biasanya kepada mereka yang mempunyai berat badan meningkat, berkerja berdiri atau berjalan lama, berumur lebih 40 tahun dan mereka yang pakai kasut tumit tinggi.

 

Sakit pada kaki ini menjadi lebih teruk apabila ia merebak ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang, menyebabkan aktiviti harian terganggu.

sakit tapak kaki lepas bangun tidur? anda mungkin ada masalah ini

Menurut Public Health Malaysia, terdapat beberapa cara rawatan yang boleh mengurangkan sakit ini tanpa melalui pembedahan atau ubatan. Pertama, dengan melakukan latihan cengkam objek menggunakan jari kaki, atau senaman lengkukkan tapak kaki dan juga mengerutkan tuala menggunakan jari kaki.

sakit tapak kaki lepas bangun tidur? anda mungkin ada masalah ini

Dapatkan rawatan di mana-mana hospital berdekatan sekiranya ia menggangu aktiviti harian anda. Rawatan awal boleh mencegah penyakit ini daripada menjadi lebih teruk.

 

Sumber: Public Health Malaysia