Saintis Mohon Maaf Upload Imej Macam Bintang Tapi Rupanya Sosej

Seorang saintis terkenal dari Perancis terpaksa memohon maaf selepas foto yang dimuatnaik olehnya menjadi tular kerana menyerupai imej sebuah bintang yang jauh, namun rupa-rupanya ia adalah imej sosej.

saintis mohon maaf upload imej macam bintang tapi rupanya sosej

Etienne Klein dalam satu hantaran di Twitter mulanya sekadar berjenaka dengan memuatnaik foto yang kelihatan seakan-akan bintang angkasa yang diambil menggunakan teleskop angkasa James Webb.

 

"Ini adalah imej Proxima Centauri, bintang paling dekat dengan Matahari, terletak 4.2 tahun cahaya dari kita. Diambil dengan JWST. Sangat terperinci, dunia baharu didedahkan hari demi hari," ujar beliau pada hantaran di Twitter.

 

 

Imej berwarna merah yang diambil kelihatan sangat jelas, membuatkan ramai pengikutnya percaya ia adalah imej sebenar bintang yang jauh di angkasa.

 

Namun selepas ia tular, Klein terpaksa mendedahkan ia sebenarnya adalah imej zoom kepingan sosej Sepanyol.

saintis mohon maaf upload imej macam bintang tapi rupanya sosej

Beliau yang mempunyai lebih 91 ribu pengikut di Twitter bagaimanapun terpaksa berhadapan dengan ramai individu yang tidak faham dengan jenakanya ini, sehingga imej itu tersebar meluas di media sosial.

 

Disebabkan hantaran jenaka itu, beliau terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka kerana ia telah disalah tafsir ramai pengguna lain sehinggakan ia telah dianggap sebagai berita palsu.

Sumber: CBS News