Saintis Jumpa Virus Baru Boleh Akibatkan Demam Teruk, Sakit Kepala

Sekumpulan saintis baru-baru ini telah menemui sejenis virus yang belum pernah dilihat dan mempunyai risiko menyebabkan penyakit menyerupai demam malaria.

saintis jumpa virus baru boleh akibatkan demam teruk, sakit kepala

Virus baharu itu dikesan di Peru selepas ia menjangkiti seorang lelaki berusia 20-an yang dimasukkan ke hospital selepas beliau mengalami demam teruk, sakit kepala, menggigil dan juga sakit otot selama dua hari.

 

Pada mulanya doktor gagal mengenal pasti punca penyakit misteri itu namun kajian makmal mendedahkan ia berpunca daripada sejenis patogen baru yang tidak dikenali.

 

Virus itu kemudian dikelaskan sebagai phlebovirus yang mana kebiasaannya boleh berjangkit melalui serangga seperti lalat pasir, kutu mahupun nyamuk.

saintis jumpa virus baru boleh akibatkan demam teruk, sakit kepala

Virus yang mula tersebar di hutan-hutan di Peru itu kini sedang dalam pemantauan. Kebolehupayaan virus itu untuk menjangkiti manusia ke manusia juga masih belum diketahui.

saintis jumpa virus baru boleh akibatkan demam teruk, sakit kepala

“Penemuan kami menunjukkan bahawa satu varian novel ECHV sedang tersebar di kawasan hutan tengah Peru.

“Oleh kerana simptom klinikal jangkitan adalah menyerupai demam denggi, malaria dan penyakit berjangkit tropika lain yang biasa di rantau ini, pemantauan berterusan diperlukan untuk mengesan patogen baharu dan yang baru muncul untuk melindungi kesihatan penduduk,” kata pasukan penyelidik tersebut.

 

Sumber: Kosmo!