Sejenis lipas spesis baharu telah ditemui dalam hutan simpan di Singapura baru-baru ini.
Apa yang menarik, spesis lipas itu telah diberikan nama mirip watak dalam Pokemon iaitu Pheromosa.
Kebetulan watak Pokemon itu juga adalah sejenis spesis lipas, muncul dalam generasi ketujuh siri Pokemon.
Pheromosa atau nama saintifiknya Nocticola pheromosa mempunyai sesungut panjang, sayap dan kaki yang lebih besar berbanding lipas biasa. Ia ditemui oleh entomologi dari National University of Singapore, Foo Maosheng dan diterbitkan dalam Journal of Asia-Pacific Entomology pada 27 Feb lalu.
“Saya dan rakan pengkaji keduanya amat meminati Pokemon, jadi kami fikir apa salahnya jika namakan lipas ini dengan nama Pokemon,” kata Maosheng.
Entomologi adalah bidang mengkaji hubungan antara serangga dengan manusia, alam sekitar dan organisma lain.
Identiti lipas itu menjadi misteri apabila beberapa spesimen lipas jantan dikumpul antara 2016 dan 2017 dari hutan sekunder di Hutan Simpan Bukit Timah semasa tinjauan serangga.
"Tiada rekod rasmi mengenai lipas itu di Singapura. Memandangkan DNAnya tidak sepadan dengan mana-mana spesies yang direkodkan dalam talian, ia menambah cadangan bahawa spesies ini tidak didokumenkan secara rasmi," demikian menurut Maosheng.
Baca hasil kajian disini: doi.org/10.1016/j.aspen.2023.102062
Sumber: The Straits Time