Dunia Makin Maju, Saintis Cipta Pembalut Luka Pintar

Pernahkah anda mengalami luka pada anggota badan dan terpaksa memakai pembalut luka untuk satu tempoh masa yang lama hingga anda sendiri tidak tahu pun luka anda itu telah sembuh?

 

Disebabkan masalah itu, sekumpulan saintis telah berjaya mencipta sebuah pembalut luka pintar yang mampu memaklumkan kepada doktor apabila luka sudah sembuh tanpa perlu diperiksa.

 

Pembalut unik yang masih dalam prototaip itu dibangunkan oleh pasukan saintis di Universiti Bologna, Itali.

 

Menurut pencipta, pembalut luka itu dilengkapi dengan sensor untuk membaca tahap kelembapan dan menghantar data berkenaan ke aplikasi telefon pintar.

dunia makin maju, saintis cipta pembalut luka pintar

Dari maklumat yang diperoleh menerusi aplikasi berkenaan, ia membolehkan doktor memastikan luka dibalut itu sembuh tanpa perlu menanggalkan pembalut yang biasanya menghalang proses penyembuhan.

 

“Dengan menyediakan pemantauan tanpa wayar masa sebenar, teknologi ini boleh membantu doktor memantau luka dengan lebih baik,” kata pakar.

dunia makin maju, saintis cipta pembalut luka pintar

Pembalut luka pintar itu juga direka dengan menggunakan bahan-bahan yang murah, menjadikan ia pembalut luka pintar ‘kos rendah dan boleh dipakai buang’.

dunia makin maju, saintis cipta pembalut luka pintar

“Kami membangunkan beberapa pembalut dengan pelbagai lapisan dan sifat serta ciri penyerapan yang berbeza.

“Ideanya adalah setiap jenis luka boleh mempunyai pembalut sesuai daripada luka kecil hingga besar seperti lecur dan lepuh.

“Bagaimanapun, kami perlu mengoptimumkan lagi geometri sensor dan menentukan nilai sensor sesuai bagi penyembuhan sebelum menggunakan teknologi ini untuk pelbagai jenis luka,” kata pengarang kajian di Universiti Bologna, Dr. Luca Possanzini.

 

Kajian mengenai pembalut luka pintar ini telah diterbitkan dalam jurnal Frontiers in Physics.

 

Sumber: [1]