‘‘Tak Perlu ‘Lockdown’, Cukup Amalkan 5 Langkah Ini..’’ – Saintis AS

Saintis terkemuka Amerika Syarikat, Dr. Anthony Fauci berkata, mana-mana negara tidak perlu melakukan penutupan penuh atau ‘lockdown’ bagi mengawal penularan COVID-19, sebaliknya hanya mengamalkan lima langkah amalan kesihatan ini.

‘‘tak perlu ‘lockdown’, cukup amalkan 5 langkah ini..’’ – saintis as

Katanya, lima amalan kesihatan ini dibuat berdasarkan trajektori kes yang didapati di negeri-negeri di Amerika Syarikat, iaitu:

  1. Memakai pelitup muka
  2. Mengamalkan penjarakan fizikal
  3. Elakkan kawasan sesak khasnya di kawasan tertutup
  4. Melakukan aktiviti yang dibenarkan di dalam atau di luar bangunan
  5. Kerap membasuh tangan

Beliau berkata demikian ketika Persidangan COVID-19 Persatuan AIDS Sedunia (IAS) pada Isnin.

Jelasnya, negeri di AS yang tidak mengamalkan lima asas langkah ini mempunyai bilangan jangkitan kes yang lebih buruk berbanding negeri yang mengamalkannya.

‘‘tak perlu ‘lockdown’, cukup amalkan 5 langkah ini..’’ – saintis as

Malah, menurut Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Amerika Syarikat itu lagi penutupan penuh akan menyebabkan kesan ekonomi yang sangat buruk kepada negara.

Sumber: Astro Awani