Saham Hiburan Korea Selatan Jatuh Selepas BTS Umum Berehat

Minggu lalu, kumpulan K-Pop masyhur BTS mengumumkan bahawa ia akan berehat untuk meneruskan projek solo masing-masing.

saham hiburan korea selatan jatuh selepas bts umum berehat

Bagaimanapun, berikutan pengumuman itu, syarikat pengurusan kumpulan tersebut, Hybe dilaporkan mengalami kejatuhan saham besar dengan penurunan sebanyak 28 peratus pada Rabu lalu yang memiliki nilai pasaran sebanyak AS$1.7 bilion (RM7,482,550,000).

Saham-saham itu menuju penutupan terendah sejak tawaran awam permulaan syarikat itu pada Oktober 2020.

Turut menerima tempias sama ialah YG Entertainment yang sahamnya turun sebanyak 7.1 peratus.

Pengumuman untuk berehat itu muncul tidak lama selepas BTS mengeluarkan album terbaru mereka selepas sekian lama, baru-baru ini.

Hampir 90 peratus pendapatan Hybe dijana daripada kumpulan tersebut, lapor Financial Times.

Seorang penganalisis di Yuanta Securities, memberi amaran bahawa pendapatan Hybe tahun ini berkemungkinan akan menjadi suku lebih rendah daripada anggaran sebelumnya, sementara keuntungannya pula satu pertiga lebih rendah tanpa konsert BTS.

“Menyemak unjuran pendapatan syarikat untuk 2022/23 nampaknya tidak dapat dielakkan jika ia mengesahkan bahawa BTS tidak akan mengadakan konsert pada separuh kedua dan tahun depan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

 

Sumber: [1]