Akaun Media Sosial, Wikipedia Pengadil Ryuji Sato Diserang Netizen Malaysia

Pengadil dari Jepun, Ryuji Sato telah menjadi topik perbualan hangat peminat bola sepak negara ini selepas membuat beberapa keputusan tidak masuk akal sehingga menyebabkan Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam malam tadi.

kontroversi penalti & kad merah, pengadil ryuji sato kecewakan malaysia

Dalam aksi perlawanan peringkat kumpulan Piala AFF, pengadil itu telah memberikan kad merah kepada pemain Malaysia, Azam Azmi walaupun pemain itu terlebih dahulu dikasari oleh pemain Vietnam, serta menghadiahkan sepakan penalti buat pasukan lawan.

 

Kredibiliti dan mutu pengadilan oleh Ryuji Sato mula dipersoalkan selepas beliau pernah juga bertindak menghadiahkan sepakan penalti kepada Vietnam pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE) Jun tahun lalu.

 

Disebabkan itu, ramai netizen Malaysia bertindak menyerang akaun media sosial serta mengubah maklumat di Wikipedia pengadil ini dek kerana berang menjadi punca kekalahan skuad kebangsaan.

akaun media sosial, wikipedia pengadil ryuji sato diserang netizen malaysia

Malah, ramai juga yang mendesak FIFA untuk menyiasat insiden daripada perlawanan ini selain meminta badan bolasepak induk itu mengambil tindakan sewajarnya keatas pengadil berkenaan.

 

Terdahulu, Malaysia tewas 0-3 kepada Vietnam menerusi jaringan yang disumbangkan Nguyen Tien Linh (29'), Que Ngoc Hai (penalti pada minit 64) dan Nguyen Hoang Duc pada minit 83.