RSG MY Jadi Penghulu Liga di Minggu Ke-5, Sambutan Hari Malaysia Penuh Gemilang di MPL MY

Semangat kenegaraan diserlahkan di Minggu Ke-5 Mobile Legends: Bang Bang Professional League Malaysia (MPL MY) dimana liga, dan seluruh komuniti menyambut Hari Malaysia.

rsg my jadi penghulu liga di minggu ke-5, sambutan hari malaysia penuh gemilang di mpl my

MPL MY menggabungkan atlet nasional dari arena sukan dan e-Sukan - untuk menghormati kegemilangan yang lepas, meraikan masa kini, dan melihat ke hadapan untuk masa depan yang cerah bagi rakyat Malaysia.

 

Tetamu istimewa yang hadir termasuklah Miss Intercontinental Malaysia 2017, Sanjna Suri; Pemenang pingat emas Bola Jaring negara di Sukan SEA, Fariha Razak dan An Najwa; Wakil Malaysia Sukan SEA 2023 bagi acara MLBB Lelaki (Pingat Perak) dan Wanita (Pingat Gangsa); dan wakil Sukan Para ASEAN 2023 Malaysia untuk acara MLBB Lelaki (Pingat Perak).

rsg my jadi penghulu liga di minggu ke-5, sambutan hari malaysia penuh gemilang di mpl my

rsg my jadi penghulu liga di minggu ke-5, sambutan hari malaysia penuh gemilang di mpl my

Tambahan lagi, MPL MY juga telah menyiarkan sebuah video yang meneyuntuk hati dan berinspirasi bertajuk "KITA Bersama"-, yang meneroka topik-topik hangat mengenai prestasi Malaysia di peringkat antarabangsa oleh komuniti dan dibintangi oleh Ciku, Rippo dan Xorn.

 

RSG MY Buat Pertama Kalinya Mendahului Liga Musim Ini

rsg my jadi penghulu liga di minggu ke-5, sambutan hari malaysia penuh gemilang di mpl my

Selepas Minggu Ke-5, RSG MY menduduki tangga teratas liga dengan 20 mata. Kemenangan RSG MY keatas Todak (2-0) di Hari Malaysia dan MPX NSEA (2-0) di hari ke-3, cukup untuk memastikan bahawa mereka akan memasuki minggu terakhir Regular Season di kedudukan yang selesa.

rsg my jadi penghulu liga di minggu ke-5, sambutan hari malaysia penuh gemilang di mpl my

Walaubagaimanapun, RSG MY perlu berhati-hati dimana HomeBois, Selangor Red Giants dan Team SMG, kini berkongsi 17 mata di tempat ke-2. Ketiga-tiga pencabar terus rapat dan memberikan tekanan di Minggu Ke-5, dengan Selangor Red Giants menewaskan Team HAQ (2-0) di hari pertama dan HomeBois mengecewakan Team Secret (2-0) di hari kedua. Walaupun Team SMG tewas di kedua-dua perlawanan (menentang Team Haq dan Team Secret), mereka masih dapat mengumpul satu mata berharga daripada setiap perlawanan.

 

Selain itu, TODAK berjaya untuk mengakhiri kemarau kemengan mereka selepas mengalahkan MPX NSEA (2-1) di hari pertama. Akan tetapi, keseronokan The Patriots terhenti apabila tewas keatas RSG MY di hari kedua dan terus menghidupkan kembali perbualan hangat komuniti MPL MY bahawa era TODAK kini makin hampir diperakhiran jalan.

rsg my jadi penghulu liga di minggu ke-5, sambutan hari malaysia penuh gemilang di mpl my

Previu Minggu Ke-6: 4 Pasukan Bertempur Untuk Tangga Teratas, 4 Pasukan Bertempur Untuk Elakkan Penyingkiran

 

Semua pasukan pasti akan memberikan segalanya di minggu terakhir Regular Season dengan kedudukan tangga teratas dan penyingkiran masih lagi belum dapat ditetapkan. Walaupun RSG MY mempunyai kelebihan tiga mata yang selesa di puncak liga, HomeBois, Selangor Red Giants dan Team SMG akan mengharapkan kegelinciran dari RSG MY. Manakala Team Secret, RED Esports, Team Lunatix dan TODAK berada didalam radar yang bahaya dan tempuran terakhir 4 pasukan ini akan menentukan sama ada mereka layak ataupun tidak ke peringkat Playoffs.

rsg my jadi penghulu liga di minggu ke-5, sambutan hari malaysia penuh gemilang di mpl my

Selangor Red Giants akan menentang Team SMG pada jam 3 petang di #SeruSaturday, pastinya akan menjadi pertembungan yang menarik untuk mendapatkan kedudukan teratas. Begitu juga pembuka hari terakhir Regular Season S12 dimana Todak menentang Team Lunatix, yang pastinya kedua-dua pasukan akan cuba untuk menyapu 3 mata bersih untuk masih kekal dipersaingan Playoffs.

 

Setiap mata sangat berharga di minggu terakhir ini, pasukan manakah yang lebih layak untuk mengambilnya?